• Gerbang Infaq
  • Infaq

Infaq

Sila layari Sistem eZAWAIN untuk urusan ZAKAT, WAQAF & INFAQ

Definisi

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, infaq merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : tujuh orang yang bakal dinaungi Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan selain naungannya adalah :

  • Seorang Imam yang adil,
  • Seorang pemuda dari usia mudanya suka beribadah kepada Allah,
  • Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid,
  • Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah,
  • Seseorang yang dirayu oleh seorang wanita seraya berkata : sesungguhnya aku takut akan Allah,
  • Seseorang yang bersedekah, dan merahsiakan dari tangan kirinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya,
  • Dan seseorang yang berzikir kepada Allah, lalu menitislah air matanya.

 

Hukum Infaq

Menurut pandangan yang masyhur dalam kalangan ahli fiqh, ibadah infaq hukumnya sunat apabila seseorang itu telah mengeluarkan zakat yang wajib keatasnya. Ini kerana, zakat membersihkan hartanya dan selesailah kewajipan ke atas dirinya.

Kelebihan Berinfaq

Infaq mempunyai fadhilat dan kelebihan sepertimana yang disebut dalam al-Quran al-Karim dan al-Sunnah S.A.W; diantaranya ialah :

  • Allah S.W.T. meredhai bagi mereka yang suka berinfaq dengan ikhlas.
  • Para Malaikat sangat gembira dengan orang yang suka berinfaq.
  • Dapat menambahkan pahala amal jariah selepas kematiannya kelak.
  • Timbulnya rasa kasih dan sayang dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handal.
  • Rezeki yang dikurniakan bertambah dan diberkati Allah S.W.T.
  • Allah S.W.T. melanjutkan usianya dalam ketaatan kepadanya.


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin