• Tentang Kami
  • Organisasi
  • Fungsi

Fungsi

Terma khusus penubuhan Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq USM adalah seperti berikut:

(a) Mengkoordinasikan pengumpulan dan menyatukan dana waqaf serta menggembleng sumber-sumber sumbangan Islam yang lain seperti zakat, waqaq, infaq, hibbah, wasiat dan lain-lain pemberian yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar negara bagi manfaat USM;

(b) Membangun dan memajukan dana atau harta waqaf yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai bagi pihak USM;

(c) Menjana dana dan pemberian waqaf dan infaq melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif untuk meningkatkan sumber dana waqaf dan infaq bagi manfaat USM;

(d) Membangunkan dan memajukan harta atau aset hasil sumbangan waqaf untuk tujuan yang difikirkan perlu melalui kaedah yang sesuai berdasarkan matlamat USM;

(e) Menyempurnakan amanah dan amanat pengeluar zakat, pewakaf dan penderma;

(f) Memberikan manfaat kepada penerima manfaat waqaf iaitu kepada Universiti dan warga USM dan boleh dijadikan sumber pembiayaan alternatif dan sumber pembiayaan tambahan bagi aktiviti yang berkaitan di USM; dan

(g) Mematuhi segala peraturan dan enakmen Islam yang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang dan Malaysia.


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin