• Gerbang Infaq
  • Zakat

Zakat

Sila layari Sistem eZAWAIN untuk urusan ZAKAT, WAQAF & INFAQ

1-Apa maksud zakat dan kenapa warga USM perlu berzakat ?

Dari Sudut Bahasa

Menurut lisan al-arab, zakat boleh didefinisikan sebagai suci, tumbuh, berkat dan terpuji. Ia diambil dari kata terbitan pada kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi, zakat boleh dimaksudkan dengan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah SWT untuk diserahkan kepada orang-orang dalam kalangan asnaf iaitu dengan mengeluarkan sejumlah harta yang ditentukan. Jumlah harta yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut sebagai zakat. Ini kerana apa yang dikeluarkan itu bertambah banyak, lebih bererti dan dapat melindungi kekayaan daripada binasa.

Hukum Zakat

Zakat merupakan salah satu dari rukun islam yang lima. Hukumnya adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan terkeluar dari agama islam. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

2- Sejarah zakat USM dengan MAINPP

Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. Juga dikenali sebagai Zakat Pulau Pinang (ZPP) Sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 1 September 2016.

Hasil daripada perjanjian ini, USM telah dikembalikan sebanyak 37.5% hasil potongan zakat pendapatan staf melalui potongan gaji untuk diagihkan kepada para pelajar dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.

3- Kepentingan berzakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT dalam kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin