Visi, Misi, Objektif Penubuhan & Logo
Visi
Muncul sebagai pusat yang dirujuk (referred), relevan (relevant), dihormati (respected) dalam pengurusan zakat, waqaf dan infaq di peringkat IPT dan antarabangsa.
Misi
Mempromosikan keindahan hidup bersyariat melalui pembudayaan amalan zakat, waqaf dan infaq dengan penerapan nilai rahmah, ihsan profesional dan integriti dalam pengurusan dana-dana Islam yang komprehensif ke arah melahirkan warga Universiti dan ummah yang sejahtera serta cemerlang.
Objektif Penubuhan
- Menyelaraskan pengurusan dana-dana Islam berkaitan zakat, waqaf dan infaq secara sistematik serta profesional di peringkat USM
- Mewujudkan Kelestarian Kewangan (Create Financal Sustainability)
- Mewujudkan Sumber Kewangan Alternatif (Funding Stream) berasaskan aset dan dana Islam (Zakat, Waqaf dan lnfaq)
- Pengoptimuman, Penjimatan, Pendapatan (O.S.I. - Optimisation., Saving, Income) dalam konteks Sumber Kewangan Saluran Ketiga Universiti berasaskan aset dan dana (Zakat, Waqaf & lnfaq)
- Menyuburkan amalan zakat, waqaf dan infaq dalam kalangan warga Universiti
Tujuan penggunaan logo rasmi Pejabat ZAWAIN ialah menampilkan imej korporat sebagai salah satu nilai tambah dalam rangkaian promosi yang akan dilakukan di pelbagai peringkat melibatkan sektor awam, swasta dan korporat.
Pereka ialah Ustaz Nazrul Hassan, Ketua Unit Waqaf & Infaq Pejabat ZAWAIN. Beliau merupakan Penulis Buku Surah Yasin Tulisan Tangan Resam 'Uthmani USM.
Konsep logo menggabung nilai-nilai USM sebagai Universiti berstatus APEX dengan hasil rekaan juga diberikan sentuhan kreativiti kaligrafi Arab dengan gaya Khat Dewan yang menyerlahkan lagi elemen korporat dan kreativiti.