Skip to main content

Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq   |  Kampus Induk

ZAWAIN-PPKT BANGUNKAN SISTEM PERMOHONAN ZAKAT ATAS TALIAN

PULAU PINANG, 15 Mac 2019 - Pejabat Zakat Waqaf & Infaq Universiti Sains Malaysia (ZAWAIN) dan Pusat Pengetahuan Teknologi Maklumat (PPKT) berkerjasama untuk membangunkan Sistem Permohonan Zakat Atas Talian sebagai langkah mentransformasikan kaedah agihan zakat kepada pelajar asnaf USM yang memerlukan bantuan zakat. Sistem ini dijangka mempercepatkan proses permohonan dan agihan zakat kepada pelajar mengikut jadual agihan yang ditetapkan. Amalan sebelum ini, proses permhonan zakat dilakukan secara manual dengan mengisi borang zakat yang boleh dimuat turun daripada laman web ZAWAIN, Pusat Islam dan BHEPA USM.

ppkt 1

Sistem ini yang dibangunkan menggunakan kepakaran staf USM sepenuhnya dijangka siap pertengahan tahun ini dan kini berada di peringkat penyediaan protataip. Dengan sistem ini, ZAWAIN percayai bahawa kualiti perkhidmatan agihan zakat kepada asnaf pelajar dapat ditingkatkan. Sistem ini juga kelak berupaya menyediakan maklumat dan statistik data untuk tujuan analisis data pelaporan kepada pihak-pihak yang  berkenaan.

ppkt 2