Skip to main content

Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq   |  Kampus Induk

MANUAL BAHARU PENGURUSAN ZAKAT USM-MAINPP

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, 18 Julai 2025 - Pejabat Zakat Waqaf dan Infaq (ZAWAIN) Universiti Sains Malaysia membentangkan kertas cadangan manual baharu pengurusan zakat USM-MAINPP. Cadangan ini mengandungi beberapa skim bantuan zakat yang lebih segar dan selari dengan keperluan serta kebajikan pelajar USM. Sebanyak 26 skim agihan telah dibentangkan oleh Dr. Nazrul Hassan, Pengarah ZAWAIN untuk pertimbangan dan kelulusan pihak Zakat MAINPP sebelum dilaksanakan di USM. Pembentangan ini dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Asyraf Abdul Wahab, Pengurus Besar, Jabatan Operasi Kutipan, Zakat MAINPP.  Turut hadir Puan Azimah Abdul Manap (Penolong Pegawai ZAWAIN), Dr. Muhammad Latiffi Mahadzir (Unit Kewangan, Dakwah dan Korporat) dan Puan Roslina Mohamed Idros (Unit Pentadbiran dan Data).

pembentangan manual zakat