Skip to main content

Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq   |  Kampus Induk

LAWATAN MAHABBAH ZAWAIN KE WAKAF MAINPP

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 21 Ogos 2025 - Lawatan ini bertujuan memperkasakan hubungan dan kerjasama strategik yang terjalin antara Pejabat Zakat Waqaf dan Infaq (ZAWAIN) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Wakaf MAINPP dalam konteks pembangunan wakaf strategik pengajian tinggi USM dan Pulau Pinang. Dalam pertemuan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP, Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff menzahirkan penghargaan atas kunjungan ZAWAIN menyokong usaha Wakaf MAINPP membangunkan kesedaran dan potensi wakaf di Pulau Pinang. Dalam pada itu, Pengarah ZAWAIN, Dr. Nazrul Hassan menjelaskan bahawa potensi wakaf di USM sangat besar dan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau lagi, kerjasama strategik antara ZAWAIN USM dan Wakaf MAINPP akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan institusi wakaf di Pulau Pinang dan di USM. Delegasi USM turut disertai En. Mohd Fadzil Bin Ahmad, Pegawai Undang-undang USM, Puan Azimah Abdul Manap, Ketua Pentadbiran ZAWAIN dan Dr. Muhammad Latiffi Mahadzir, (Unit Kewangan, Dakwah dan Korporat).

wakaf 2

 

wakaf 1 edit

 

Teks disediakan oleh: Dr. Nazrul Hassan

Gambar: Ihsan Wakaf MAINPP