KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ZAKAT PULAU PINANG
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, 3 Januari 2025 - Pertemuan antara Pengarah Pejabat Zakat Waqaf dan Infaq (ZAWAIN) USM, Dr Nazrul Hassan yang baru dilantik berkuatkuasa 1 Jan 2025 dan CEO Zakat Pulau Pinang, Dato' Amran Hazali bagi membincangkan cadangan penambaikan pengurusan dan agihan zakat di USM pada tahun 2025.
Terdapat banyak inisiatif dan skim bantuan zakat yang akan dikemaskini berdasarkan keperluan semasa bagi membantu asnaf pelajar USM khususnya anak negeri Pulau Pinang. Begitu juga inisiatif bantuan zakat kepada asnaf dalam kalangan staf USM yang membuat potongan gaji secara bulanan melalui ZAWAIN USM kepada ZPP. Banyak nasihat dan mutiara kata dari Dato' Amran Hazali yang telah berbakti kepada institusi zakat selama 30 tahun.
