ZAWAIN & BAHAGIAN SUMBER MANUSIA ANJUR NISA' TALK
PULAU PINANG, 22 Februari 2019 - Program Nisa' Talk yang dianjurkan bersama ZAWAIN dan Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar USM Siri I pada 22 Feb 2019 yang lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Program ini bertujuan mengisi masa terluang pada waktu rehat hari Jumaat dalam kalangan staf wanita USM.
Mengenengahkan tajuk kehidupan Saidatina Khadijah Khuwaylid ra sebagai contoh dan teladan wanita agung yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Syahida Arifin. Pengarah ZAWAIN, Puan Hajah Rohayati Daud turut mengisi slot pembentangan dengan tajuk Peranan Wanita dalam Zakat Waqaf & Infaq. Program ini merupakan langkah awal untuk mewujudkan sayap ZAWAIN bagi menggerakkan program kesedaran berwaqaf dan menghubungkan ZAWAIN dengan program-program kemasyarakatan.