Skip to main content

Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq   |  Kampus Induk

PERTEMUAN ZAWAIN DAN AWQAF HOLDING BINCANG KERJASAMA WAQAF

PULAU PINANG, 8 Mac 2019 - Pertemuan dengan YBhg Tan Sri Datin Paduka Siti Sa'diah Syeikh Bakir, Pengerusi AWQAF Holdings Berhad memberikan suntikan motivasi buat staf ZAWAIN untuk menjalankan amanah dan tugas yang diamanahkan oleh pihak Universiti. Bermula dengan pengetahuan yang kurang tentang waqaf, beliau meneroka waqaf komersial dan muncul sebagai tokoh wanita yang berjaya mentransformasikan waqaf dalam dimensi dan wajah baharu. Pada peringkat awal, beliau sentiasa meluangkan masa untuk membaca buku dan bahan bacaan berkaitan waqaf untuk memahami erti waqaf yang sebenarnya, tambahnya lagi.

saadiah 1

Cabaran utama waqaf ialah tahap kefahaman masyarakat yang masih belum mampu melihat kelebihan waqaf, kata beliau yang berhadapan dengan pelbagai pihak. Katanya, itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh anda untuk memperkasakan waqaf. Tegasnya, waqaf hendaklah bersifat komersial, boleh berdikari dan tidak terus meminta-minta. Walaupun mengakui agak sukar melaksanakan waqaf komersial di peringkat Universiti namun ada jalan lain yang perlu difikirkan, kata beliau sambil memberikan pilihan dan alternatif yang perlu diberikan perhatian oleh ZAWAIN.

saadiah 2

Pertemuan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mac 2019 di Shah Alam diawalkan oleh Allah swt pada hari ini. Ringkas, namun telah membuka lembaran baru kerjasama antara ZAWAIN & AWQAF untuk melihat ruang memperkasakan waqaf di Malaysia. Bagaikan ibu yang menasihati dan menyantuni anak-anaknya, lembuh dan bijaksana, beliau membuka pintu seluas-luasnya kepada ZAWAIN dan sesiapa sahaja untuk berkerjasama dengan AWQAF. Semoga Allah swt merahmati usia dan memberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepad ummah.