• Tentang Kami
  • Maklumat Korporat
  • Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

PEJABAT ZAKAT WAQAF DAN INFAQ (ZAWAIN)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

 

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) ke-93 bertarikh 8 Mac 2017, telah bersetuju menubuhkan Pejabat Waqaf di Universiti Sains Malaysia.  Tujuan utama penubuhan Pejabat waqaf pada waktu tersebut adalah memperkasakan peranan institusi waqaf di USM, seiring dengan keputusan Mesyuarat Pelaksanaan Wakaf Pendidikan Tinggi Universiti Awam pada 9 Jun 2016 yang telah membuat resolusi bersama bagi setiap universiti awam menubuhkan Majlis Zakat, Wakaf dan Infaq (MAZWIN) sebagai badan tertinggi yang menggubal dasar dan peraturan berhubung hal-ehwal pengurusan zakat, waqaf dan infaq di universiti amsing-masing.

Pada 21 Mac 2018, Mesyuarat JKPU ke 129 Bil.9/2018 telah meluluskan perubahan nama Pejabat Waqaf kepada Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq USM yang dijadikan pusat sehenti bagi menguruskan dana-dana Islam merangkumi zakat, waqaf, infaq dan lain-lain. Kini Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq atau singkatannya ZAWAIN (ذَوَيْن) yang bermaksud ‘pemilik’ bertanggungjawab menyelaras semua hal-ehwal berkaitan zakat, waqaf dan infaq secara sistematik dan profesional. Seiring dengan agenda waqaf di peringkat nasional, Pejabat ZAWAIN USM tampil sebagai pemangkin terhadap visi dan misi Universiti melalui dana waqaf, zakat dan/atau infaq ilmu dan penyelidikan USM yang diharapkan mampu memberikan impak perdana terhadap pembangunan ilmu dan penyelidikan di Menara Ilmu tersohor ini.

Pejabat Waqaf USM komited untuk melaksanakan pelan strategik dan hala tuju yang mapan ke arah merealisasikan hasrat dan matlamat penubuhannya sesuai dengan peranannya sebagai satu-satunya Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diamanahkan untuk menguruskan hal-ehwal waqaf, zakat dan infaq di USM.


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin