• Gerbang Infaq
  • Waqaf

WAQAF

Sila layari Sistem eZAWAIN untuk urusan ZAKAT, WAQAF & INFAQ

WAQAF ILMU DAN PENYELIDIKAN

Firman Allah SWT:

Kamu sama sekali tidak akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) kecuali selepas kamu mendermakan sebahagian daripada sesuatu yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali ‘Imran, 92)

Kefahaman berhubung amalan waqaf dan infaq telah dipraktikkan oleh umat Islam secara meluaskan pada zaman kegemilangan Islam dan telah diterjemahkan dalam pelbagai projek waqaf yang kreatif dan unik. Sejarah telah mencatatkan bahawa institusi pendidikan ulung seperti Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti al-Qarawiyyin di Morocco dibina menggunakan sumber dana waqaf dan infaq. Jelasnya, sumber waqaf dan infaq yang diurus dengan sistematik dan profesional telah memberikan impak besar terhadap dunia Islam dan manfaat melimpah ke serata alam. Waqaf institusi pendidikan bukanlah asing dalam dunia Islam. Universiti al-Azhar yang dibangunkan secara waqaf telah bertahan selama 1,000 tahun dan sampai kini masih dibiayai dengan dana waqaf. Terdapat banyak contoh-contoh universiti di negara-negara lain yang tadbir dan diurus dengan konsep waqaf. Antaranya Universiti Al-Qurawiyin di Fez, Maghribi; Universiti Al-Muntasiriyyah, Iraq; Universiti Cordova, Sepanyol; Raja Abdul Aziz University, UAE dan Universiti Islam Indonesia (UII). Malah, di Cecennestan dan Azerbaijan telah dibangunkan-masing-masing 800 dan 786 buah universiti-semuanya dibiayai oleh sumber waqaf. Manakala di Turki, terdapat sebanyak 142 buah universiti, 87 buah sekolah yang dibangunkan dan dibiayai oleh dana waqaf.

Waqaf dan infaq pendidikan merupakan solusi terbaik untuk melahirkan sebuah pendidikan yang lestari untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat. Kepentingan waqaf dan infaq dalam menyediakan prasarana untuk kebajikan umum tidak dapat dinafikan. Jelasnya, kekangan kewangan merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh semua pihak bagi memastikan semua pihak berhak untuk mendapat pendidikan berkualti di IPT. Oleh itu, sumbangan zakat, waqaf dan infaq memiliki peranan yang luas dan signifikan dalam konteks memperkasakan peranan IPT dalam melahirkan modal insan yang bakal menjadi pemangkin kemajuan dan masa hadapan sebuah negara. Justeru, tanggungjawab untuk memajukan sektor pendidikan di IPT hendaklah dipikul secara bahu-membahu oleh semua pihak-melibatkan sektor kerajaan, swasta dan masyarakat Malaysia yang kaya dengan sifaf pemurah.

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 USM, seluruh warga Universiti, ALUMNI USM dan rakyat Malaysia berpeluang menunaikan ibadah zakat, berwaqaf dan berinfaq melalui Pejabat ZAWAIN USM ke arah menjayakan visi dan misi USM.  Generasi awal Islam telah menginfaqkan seluruh hayat dan kekayaan untuk menjayakan setiap kebajikan dan makruf walaupun dengan seteguk air. Mereka adalah golongan yang terbaik mempraktikkan budaya waqaf dan infaq yang menjadi teras kepada kejayaan dakwah dan falsafah iqra’ yang melahirkan tamadun ilmu dan peradaban Islam yang unggul.


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin


Copyright © 2019. 
All Rights Reserved. 
Universiti Sains Malaysia
 admin