PULAU PINANG, 6 Mac 2019 - ZAWAIN telah membuka kaunter sempena Majlis Perutusan Pengarah Kampus IPPT, YBhg. Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman yang dilantik sebagai Pengarah IPPT yang baru. Pada majlis tersebut Pengarah ZAWAIN, Puan Hajah Rohayati Daud turut menyampaikan taklimat ringkas berhubung matlamat penubuhan ZAWAIN dan perkhidmatan yang disediakan.
Ramai staf yang tidak menyedari kewajiban mengeluarkan zakat pendapatan kerana kurang kefahaman. Perkara ini perlu ditekan kerana ia merupakan kunci kebahagiaan dan ketenangan hidup umat Islam, tegasnya. Kaunter ZAWAIN terus dikunjungi oleh staf sebaik sahaja majlis tamat untuk mendapat penerangan lanjut berhubung potongan gaji untuk zakat pendapatan.
Teks & Foto oleh Nazrul Hassan